Perkara yang amat membezakan antara DVR ialah channel, dan ini adalah sama kepada semua jenis DVR. kalau saya kata DVR dengan 4 channel, ini bermakna dvr saya boleh menerima 4 kamera untuk disambungkan kepadanya.
Biasanya ada 3 jenis channel untuk DVR iaitu, 4 channel,8 channel dan 16 channel.Kita tidak akan jumpa DVR yang ada 5 channel atau DVR dengan 7 channel. gambar dibawah menunjukkan DVR dengan 4,8 dan 16 channel (bahagian belakang sahaja)
DVR dengan 4 channel (boleh terima 4 kamera)
DVR dengan 8 channel (Boleh terima 8 kamera)
DVR dengan 16 channel (boleh terima 16 kamera)
Sekarang ada sudah jelas dengan maksud channel ? harapnya sudah faham. Kita akan sambung lagi dalam posting berikutnya mengenai spesifikasi DVR. Sekarang dah petang, masa untuk pergi beli makanan untuk berbuka puasa
No comments:
Post a Comment